CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

welc0me


I made this widget at MyFlashFetish.com.

salam perkenalan dari saye....x kenal maka x cinta..hehehe

21 April 2011

Kisah syaitan menolong hamba Allah ke masjid

Kisah ini tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.Ada seorang
buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk
menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang
yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah
balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan
balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, dia rasa nak terjatuh lagi
tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari Jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang
tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta
itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam
lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa
orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali
pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh
dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali
ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku
menolongmu.?

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke
masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat
berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah
di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang
halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas
dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih
kekal...

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat."Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri sendiri)
sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya
dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia
itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan