CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

welc0me


I made this widget at MyFlashFetish.com.

salam perkenalan dari saye....x kenal maka x cinta..hehehe

21 April 2011

6 perkara ALLAH sembunyikn dr kita....

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail
as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600
sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri
dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada
aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta
solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu
lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka
Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah
aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tet api di
akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku
cintai, namanya Muhammad.' Dia
mempunyai
umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat
dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta
serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaann Ku
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan
solat
atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas
perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?"

Lalu Allah berfirman yang
bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku
berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin
kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izi n dari
Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh
jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan
meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak
akan sampai kepada sepersepuluh dari
beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang me reka
kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan
berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T
telah menyembunyikan enam perkara
iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan
redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
(tarikh terjadinya) hari kiamat
didalamsemua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada
ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita
ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan
pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah meninggal dunia...

Kisah syaitan menolong hamba Allah ke masjid

Kisah ini tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.Ada seorang
buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk
menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang
yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah
balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan
balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, dia rasa nak terjatuh lagi
tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari Jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang
tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta
itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam
lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa
orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali
pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh
dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali
ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku
menolongmu.?

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke
masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat
berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah
di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang
halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas
dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih
kekal...

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat."Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri sendiri)
sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya
dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia
itu sendiri.

6 April 2011

selamat tinggal kekasihku....

sesunguhnye allah maha mengetahui cintaku pada insan yg aku sayang..engkau telah pergi dari hidup ku selama2nye...aku redha dengan ketentuan mu ya allah...mungkin aku x kau de jodoh...aku doakan dikau bahagia...walaupun aku disini berduka kerana mu...aku mohon pada allah..semoga allah memberikan rahmat kepada mu..kebahagian kepadamu sampai bila2...semoga dirimu bertemu dgan insan yg lebih jujur dari aku...yg setia menanti mu..yg x kan buatkan diri mu menangis...yg x kan buat dirimu kecewa...n akan sentiasa membuatkan diri mu tertawa...dan semoga insan yg kau dapat tu tak kan melukakan hatimu walau sikit pun...seperti mana aku menjaga hatimu...

....aku pasrah..aku kena teruskan hidup bersama2 temanku..biar pun jiwa ku kosong ketika ini....aku tetap bahagia disamping teman2 yg memahami diriku..:(....semoga aku kuat tempuh segala dugaan yg allah berikan..selamat tingal kenangan..selamat tingal kekasihku...